Monday, May 23, 2011

Penghargaan Kepada Marcel Gatisi

Saya amat terharu dengan penghargaan yang diberikan kepada saya oleh Marcel Gatisi didalam blog beliau..saya tidak menyangka mendapat penghargaan sebegini kerana selama ini saya tidak pun dipandang walaupun saya sudah berkecimpung didalam dunia hiburan negeri sabah selama 10 tahun sebagai producer dan song composer..
Sebenarnya saya semakin menghampiri titik noktah dalam perjuangan seni ini kerana saya merasakan sia-sia sahaja usaha saya membantu artis2 kita namun jarang sangat dihargai...saya bosan dengan telatah stesen-stesen swasta yang terlalu memilih bulu untuk menyiarkan lagu2..namun segalanya sedikit terubat apabila saya menerbitkan single Marcel yang bertajuk "LANGADKU MOLOHING"...wlupun tanpa sokongan daripada radio swasta...kecuali BAHFM dan SAPSAIFM yang banyak membantu (online radio)...beliau mampu menjual single tersebut melebihi 200 unts...dengan tujuan menderma...syabas!

Bagi saya secara peribadi teramat gembira dengan pencapaian ini, dan merasa amat dihargai oleh beliau...saya tidak pernah mendapat penghargaan sebegini...malah ada segelintir artis yang mendapat sokongan dan khidmat saya langsung tidak menghargai...sehinggakan lagu2 saya dikatakan miliknya dan langsung tidak menyebut nama saya sebagai pencipta kepada lagu tersebut...saya bukan mahukan wang dalam perjuangan ini tetapi hanya sekadar "ucapan terima kasih" daripada artis yang telah meminta pertolongan saya..Saya pasrah dan walaupun artis2 ini tidak menghargai saya sekalipun mereka tidak akan dapat lari daripada realiti yang sebenarnya lagu2 itu adalah bukan milik mereka sepenuhnya....Apa salahnya menyebut nama pencipta lirik/lagu dalam mempromosikan lagu tersebut? saya tidak akan dapat apa2 bayaran pun...
Sekali lagi saya cukup menghargai dengan komitmen si Marcell dan beliau adalah artis yang amat menghargai...Terima Kasih...Terima kasih...terima kasih...Marcel...

No comments:

Post a Comment