Tuesday, August 14, 2012

PIUPUSAN DI KAGANIT (Fanzi Ruji) By : Nick Tudol

Lagu terbaru Piupusan Di Kaganit ini adalah antara lagu terbaru saya untuk dimuatkan dalam projek album bersama John Samud...Syukur, belum-belum lagi..sudah mau kena offer untuk kana beli ni karya-karya saya...sekarang baru nampak betul tu hasil la hehehe...Apa-apa pun harap kepada sesiapa yang ada terbaca blog ini, agar enjoy dengan lagu demo nyanyian FANZI RUJI.
Singer : Fanzi Ruji
Song/ Lyrics/ Music Arrangement : Nick Tudol
Copyright 2012

Sunday, June 3, 2012

Kolaborasi Bersama Dengan Komposer Indonesia

First time berkerjasama dengan komposer Indonesia. Lagu bertajuk "DETAK JANTUNG" yang ditulis oleh seorang komposer dari Indonesia ini akan dinyanyikan oleh Marcel Gatisi dengan Wiwie Daunah. Selain itu, saya sedang berbincang dengan John Samud selaku penerbit untuk menerbitkan telemovie bertajuk "NUMBUR BAH" sempena dengan kejayaan lagu Numbur dalam album kompilasi yang diterbitkan baru-baru ini. harap saja lah ni semua akan berjalan dengan lancar hehehe... Saya masih tidak pasti dengan penerbitan album kompialsi kedua. Masih dalam perancangan...banyak perkara yang perlu diselesaikan dahulu. Pemilihan artis seterusnya pun belum ditentukan lagi..tunggu saja la mcmana ni..cheers!!!


Gambar Kenangan bersama Datuk Masidi Manjun semasa Promosi AKPAAS 2012

Gambar kenangan bersama Datuk Masidi manjun. Beliau sempat memberi support dengan membeli 5 CD dan bergambar bersama-sama artis kompilasi pada 31 Mei 2012.

Gambar kenangan bersama Atama dan John Samud di KDCA pada 30 Mei 2012

Gambar kenangan bersama dengan MC (Othoe dan Salipar Jipun) di Pentas Seni Artis Sabah

Friday, January 6, 2012

2012... Album Kompilasi (Projek Amal Artis Sabah).. Bah!!!! Hujung bulan Korual sudah ni

Salam tahun baru sama kamu2 semua kawan-kawan...jarang sangat saya update blog ni sebab terlalu sibuk dengan projek album kompilasi yang memakan masa begitu lama sebab saya buat pelan2 bah hehehe...lagipun untuk menyiapkan sebuah lagu (lirik/lagu) saya ambil masa yang begitu lama untuk siapkan sebab saya ni selalu tidak puas hati kalau kasi alang2...hehehe...malarat-larat la pula...
Worais, saya mau cerita pasal ni album kompilasi yang bakal menemui pendengar (bukan peminat ah..urang yang cakap peminat2 tu perasan ja tu kakakaka...nyanyi live sumbang-mambang..peminat apa kejadah brooo...)Didalam album ini saya cuba ketengahkan variasi lagu (genre)..ikut kesesuaian penyanyi yang ada dalam album ini...saya kasi announce dulu siapa tu "penganggi"...Ebi Af, Rozzza Rothman, Syra Gom, Clarice John Matha, Esther Clement Tubong, Marcel Gatisi, Lydia Kalidin, Ryna Tongkooh dan Clarice Sipanul...saya ndk buli masuk sebab ndak layak buss ku...hehehe..kasi tidur saya punya budak buli laaa...tiap lagu yang saya buat untuk tiap penyanyi perlukan study yang lama..sy study tone, genre terdahulu dirang, dan machiam2 lagi la supaya bila dirang dingal kaaan...ngam turus...
saya buat 10 buah lagu kadazan dusun..dan satu extra untuk melengkapkan title KDM iaitu lagu murut yang dicipta oleh Jainol Likuran dan dinyanyikan oleh Ryna Tongkooh..so dalam album ini ada tiga bahasa etnik..Kadazan, Dusun, murut dan ada lagi extra bahasa malaysia slang Sabah laa...album ini bakal memuatkan 11 buah lagu kesemuanya..
Permulaan 2012 ini diharap dapat memberi siiiikit sinar buat saya la, dengan bersandarkan kepada album kompilasi ini, saya harap impian setiap ahli dalam kumpulan ini dapat dilaksanakan iaitu ingin membuat amal sambil berhibur...akan ada tempat2 untuk kumpulan ini buat persembahan sebagai promo kepada album ini..
Seperti yang pernah saya coretkan pada post saya terdahulu, album ini adalah penentu kepada haluan hobi saya sejak dari kecil lagi...sekiranya album ini tidak mendapat peluang dihati pendengar, saya akan stop..bukan merajuk la buss ku..saya cuma rasa, saya membuang terlalu banyak masa...ini la sebabnya saya buat album ini dengan memakan masa yang lama sebab saya mau buat yang terbaik buat diri saya..yang pernah saya hasilkan...album2 terdahulu yang saya buat bukan ndak baik la tapi album ni yang saya anggap sangat special sebab saya buat sendiri....dan ahli2 dalam group ini juga banyak membantu dari segi mencari sponsor dalam meneruskan projek ini...terutama orang kanan projek ini Clarice Sipanul...turut dibantu oleh clarice J matha, Lydia dan Marcel..member yang lain juga ada tugas masing2..ni la membuatkan album ini amat special..
Album ini bakal dijual pada penghujung january 2012..harap2 sempat...dan selepas ini member2 dalam kumpulan ini akan berkerja keras dalam penjualan supaya karya ini dapat diperdengarkan kepada para pendengar disabah...Semoga segalanya akan dipermudahkan...sokongan radio online seperti SAPSAIFM amat kami hargai..ada yang stesen yang berlagak tu..ndak pa laa...kamu kasi main ja la lagu2 lama tu...hehehehe...
Sekiranya album ini mendapat peluang dihati pendengar..akan ada Kompilasi amal kedua kami..dan ini juga memakan masa yang lama..ada beberapa artis yang sudah pun berjanji dengan saya untuk turut menjayakan album kompilasi kedua sekiranya ada...TOP juga ni artis ni...tapi kalau tiada peluang...yang TOP tu ko simpan ja di bawah katil ah hartisss hehehe...