Thursday, December 15, 2011

Album Kompilasi - Projek Amal Artis Sabah (The Making Of)

Lama sangat saya tidak update blog ni sebab terlalu sibuk dengan production, dan functions..baru siap produce satu album demo untuk seorang kawan..bukan apa dia cuma mau buat koleksi peribadi..tapi saya cukup suka dengan cara dia kumpul lagu..terus buat demo untuk sendiri...so ndk la hilang begitu saja tu lagu..
Ok la berbalik pada album kompilasi ni..sebenarnya projek ni saya ilhamkan bersama kawan dan juga seorang artis yang tidak asing lagi iaitu Marcel Gatisi..sudah lama saya berangan untuk buat amal tapi belum menemui jalan yang sesuai dan sekarang dengan sokongan padu artis2 sabah yang juga ingin berkhidmat untuk masyarakat..maka keluarla idea ini..projek ini hampir siap dan dijangka akan berada dipasaran pada awal tahun depan 2012..saya sebagai producer dan komposer untuk album ini berharap sangat akan mendapat sokongan daripada masyarakat sabah untuk merealisasikan impian saya untuk beramal..bukan saya sahaja malah artis2 yang terlibat juga inginkan sokongan kawan2 semua...
Memang kebiasaan dlm facebook..siapapun buli "like" tapi belum pasti bagi sokongan...tidak kisah lag beribu kawan dalam FB tapi bila minta tolong like, ndk pn sampai 50 like....hhmmmm....
Bagi diri saya sendiri, projek ini adalah yang terakhir buat diri saya..lepas ni kalau tiada sambutan, saya akan stop producing dan cuma akan buat musik untuk orang2 yang datang minta buat single atau album..tapi saya akan stop..saya sudah fade up..banyak masa dibuang berkurung dalam studio untuk buat yang terbaik..tapi kalau masih tidak kana support..what can I do..saya bazir masa saya selama 11 tahun dengan ini..wlupun banyak yg saya belajar namun, belum ada kepuasan yang saya cari2 iaitu mendapat tempat dihati pendengar tempatan kita...
Semoga Album kompilasi yang disertai oleh Marcel Gatisi, Rozza Rothman, Ebi AF5, Syra Gom, Lydia Kalidin, Clarice J Matha, Clarice Sipanul/Nelly dan Esther Clement Tubong ini akan berjaya saya siapkan seterusnya dapat dipasarkan untuk tatapan pendengar terutamanya di Sabah...Sekian...