Monday, May 23, 2011

Penghargaan Kepada Marcel Gatisi

Saya amat terharu dengan penghargaan yang diberikan kepada saya oleh Marcel Gatisi didalam blog beliau..saya tidak menyangka mendapat penghargaan sebegini kerana selama ini saya tidak pun dipandang walaupun saya sudah berkecimpung didalam dunia hiburan negeri sabah selama 10 tahun sebagai producer dan song composer..
Sebenarnya saya semakin menghampiri titik noktah dalam perjuangan seni ini kerana saya merasakan sia-sia sahaja usaha saya membantu artis2 kita namun jarang sangat dihargai...saya bosan dengan telatah stesen-stesen swasta yang terlalu memilih bulu untuk menyiarkan lagu2..namun segalanya sedikit terubat apabila saya menerbitkan single Marcel yang bertajuk "LANGADKU MOLOHING"...wlupun tanpa sokongan daripada radio swasta...kecuali BAHFM dan SAPSAIFM yang banyak membantu (online radio)...beliau mampu menjual single tersebut melebihi 200 unts...dengan tujuan menderma...syabas!

Bagi saya secara peribadi teramat gembira dengan pencapaian ini, dan merasa amat dihargai oleh beliau...saya tidak pernah mendapat penghargaan sebegini...malah ada segelintir artis yang mendapat sokongan dan khidmat saya langsung tidak menghargai...sehinggakan lagu2 saya dikatakan miliknya dan langsung tidak menyebut nama saya sebagai pencipta kepada lagu tersebut...saya bukan mahukan wang dalam perjuangan ini tetapi hanya sekadar "ucapan terima kasih" daripada artis yang telah meminta pertolongan saya..Saya pasrah dan walaupun artis2 ini tidak menghargai saya sekalipun mereka tidak akan dapat lari daripada realiti yang sebenarnya lagu2 itu adalah bukan milik mereka sepenuhnya....Apa salahnya menyebut nama pencipta lirik/lagu dalam mempromosikan lagu tersebut? saya tidak akan dapat apa2 bayaran pun...
Sekali lagi saya cukup menghargai dengan komitmen si Marcell dan beliau adalah artis yang amat menghargai...Terima Kasih...Terima kasih...terima kasih...Marcel...

Monday, April 11, 2011

Kenapa Segan Menyanyikan Lagu Sendiri/Local?

Saya terbaca satu coretan daripada facebook kawan rapat saya yang merungut pasal ada artis2 tempatan kita yang tidak menyanyikan lagu2 mereka sendiri atau lagu local sabah walaupun pesta tersebut memang berunsurkan perayaan etnik negeri sabah...

Dia cakap penat saja dia datang dari jauh untuk menyaksikan sendiri artis2 kita untuk perform sebab selalu keluar diradio tu lagu...dia ni datang dari jauh lagi untuk bagi support kepada artis local kita ni...tau-tau sampai sana, tu artis nyanyi lagu English! wow! hebat ooo dia pandai nyanyi lagu english...mungkin dia mau bagitau lah tu sama penduduk kampung yang dia pandai nyanyi english...tau la orang kampung ni, asyik-asyik dengar lagu dusun, kadazan, murut, bajau, etc yang local...apa kaki beb!!! Saya ni 'hartis' laa...tak main la lagu local...yang orang kampung ni tadi mendengar sepatah haram ndk paham, ada yang paham sikit2 pandai la senyum2 dengar...yang paham banyak pandai ikut nyanyi sekali...tapi kebanyakan yang ndk paham tu, sampai balik2 dirang kasi kuat tu kain sarung yang dirang pakai, ada yang balik2 perah tu 'nibu' di mulut...kuang3..woiii 'hartis'...ko naik sebab nyanyi lagu local jugak daa...orang tidak akan kenal ko kalau ko tidak masuk radio yang bahagian kadazan tu...alaa yang siaran ciput ja tuuu...kalau ko mau nyanyi lagu english kenalah ngam dengan tempatnya...lounge ka...function yang terpilih la...ni pesta ni etnik punya lagi...buat pa ko pigi nyanyi lagu english tu??? orang putih yang berkeliaran di sana dengan camera canggih dirang dengan lensa yang panjang mcm hidung dirang tu pun 'tak hingin' dengar ko nyanyi lagu english...bagus dirang dengar yang ori...dirang datang tu pesta untuk tingu sebarapa banyak 'ke etnikan' sabah ni..tapi ko pulak kasi rosak tu program daa...mcmana bagus pun ko nyanyi lagu english, hidung ko tatap penyet! bagus ko nyanyi lagu ko yang selalu keluar diradio tu...(tu kwn sy ckp laa)...lebih dihargai lagi...

Pihak penganjur sepatutnya kena lah peka dengan hal2 sebegini kalau mau tonjolkan budaya etnik ni...ni penganjur pun ONNN ja..'apa ko paduli?" tu ja yang dirang pandai cakap tapi kalau difikirkan betul2 memang ada kebenarannya rungutan kawan ni..renung-renungkan lah yeee....

Saturday, March 19, 2011

Hara Hanara Harun, Gadis Kecil Berbakat Besar!




















Harun Yakob adalah penghibur yang tidak asing lagi pada zaman2 70an sehingga kini, namun beliau cuma aktif menyanyi di lounge dan pub seluruh Sabah...itu kisah bapa kepada Hara Hanara...Emaknya pulak adalah penulis puisi yang amat berbakat sehinggakan banyak puisi beliau telah dimaktubkan dalam buku oleh Dewan Bahasa dan Pustaka negeri Sabah...

ni cerita pasal anak-anak Encik Harun Yakob yang kesemuanya mempunyai bakat..dalam ramai2 adik-beradik c Hara ni, paling menonjol adalah c Hara dengan adik dia lelaki yang masih sekolah rendah...masih segar di ingatan sewaktu adik c hara ni masuk recording, masih hingusan...yang memang betul2 ada hingus...tapi suara memang power, vibrate dia pun consistent siott!
Hara ni banyak terlibat dengan program kebudayaan dan juga rancangan RTM sebelum beliau melayakkan diri ke peringkat akhir World Championship of Performing Arts 2009, waktu tu Deja Moss (penyanyi) lah yang berabis mengurus dia ni...kana kasi jadi anak didik lagi...tp beliau tidak berjaya sampai ke puncak untuk pertandingan tu...selepas tu, beliau bersekolah di tingkatan 5 di KL bersama keluarga angkat di sana...
Bapa c Hara ni adalah kawan lama saya dan dia selalu datang ke mini studio untuk bercerita mengenai anak-anaknya...terlintas di pikiran saya untuk mencuba bakat c Hara...bapa dia bagi beberapa lagu demo yang c Hara nyanyi lah...bila saya dengar, wow! kalau diasah memang buli pergi jauh budak ni...tapi terpaksa tunggu dia habis SPM tahun lepas, jadi sekarang ni dia sedang tunggu result dan bolehlah menumpukan masanya untuk recording...saya amat berbangga dengan anak bangsa kita sendiri yang mempunyai bakat, dan saya dapat tolong sikit2 pun ndk pa laaa hehehe...Tidak mustahil suatu hari nanti kalau dia ni ada peluang...memang buli meletup budak ni...Cheers!!!



Lagu/Lirik : Harun Unai Said
Studio Rakaman : Magus8Entertainment Studio 

Wednesday, February 16, 2011

Sudin T, Artis Murut



Artis lokal ini berbangsa murut (SUDIN T)...sudah ada beberapa album murut kumpulan diorang ni, salah satu lagu melayu yang diselitkan dalam album diorang...enjoy!