Thursday, December 15, 2011

Album Kompilasi - Projek Amal Artis Sabah (The Making Of)

Lama sangat saya tidak update blog ni sebab terlalu sibuk dengan production, dan functions..baru siap produce satu album demo untuk seorang kawan..bukan apa dia cuma mau buat koleksi peribadi..tapi saya cukup suka dengan cara dia kumpul lagu..terus buat demo untuk sendiri...so ndk la hilang begitu saja tu lagu..
Ok la berbalik pada album kompilasi ni..sebenarnya projek ni saya ilhamkan bersama kawan dan juga seorang artis yang tidak asing lagi iaitu Marcel Gatisi..sudah lama saya berangan untuk buat amal tapi belum menemui jalan yang sesuai dan sekarang dengan sokongan padu artis2 sabah yang juga ingin berkhidmat untuk masyarakat..maka keluarla idea ini..projek ini hampir siap dan dijangka akan berada dipasaran pada awal tahun depan 2012..saya sebagai producer dan komposer untuk album ini berharap sangat akan mendapat sokongan daripada masyarakat sabah untuk merealisasikan impian saya untuk beramal..bukan saya sahaja malah artis2 yang terlibat juga inginkan sokongan kawan2 semua...
Memang kebiasaan dlm facebook..siapapun buli "like" tapi belum pasti bagi sokongan...tidak kisah lag beribu kawan dalam FB tapi bila minta tolong like, ndk pn sampai 50 like....hhmmmm....
Bagi diri saya sendiri, projek ini adalah yang terakhir buat diri saya..lepas ni kalau tiada sambutan, saya akan stop producing dan cuma akan buat musik untuk orang2 yang datang minta buat single atau album..tapi saya akan stop..saya sudah fade up..banyak masa dibuang berkurung dalam studio untuk buat yang terbaik..tapi kalau masih tidak kana support..what can I do..saya bazir masa saya selama 11 tahun dengan ini..wlupun banyak yg saya belajar namun, belum ada kepuasan yang saya cari2 iaitu mendapat tempat dihati pendengar tempatan kita...
Semoga Album kompilasi yang disertai oleh Marcel Gatisi, Rozza Rothman, Ebi AF5, Syra Gom, Lydia Kalidin, Clarice J Matha, Clarice Sipanul/Nelly dan Esther Clement Tubong ini akan berjaya saya siapkan seterusnya dapat dipasarkan untuk tatapan pendengar terutamanya di Sabah...Sekian...

Tuesday, July 19, 2011

AISO DA PIKOUSAN TOH (Esteronica Jeffry-Ester) By : Magus8Entertainment


Seorang penyanyi yang berbakat besar. Secara ringkasnya, beliau menganggotai Magus8 dalam tahun 2002, merupakan penyanyi utama dan perintis kepada kumpulan Magus8. Kini beliau tidak lagi aktif menyanyi kerana sibuk dengan komitmen sebagai seorang jururawat di Saudi Arabia. Lagu terbaru beliau ini pun terpaksa tertunda kerana tunggu dia balik Sabah la dulu hahaha! Enjoy!

Tuesday, May 31, 2011

Nama Saja Kaamatan... Banyak Yang Sumbang...

sampai saja hari kaamatan..paling kita tunggu-tunggu tu kaamatan peringkat negeri di KDCA...macam2 yang kita buli nampak sana...tapi saya sudah sepuluh tahun tidak menjenguk sana tu sebab pertama memang parking la...kedua tu inti (pengisian) tu program sana...time tu 1991..saya dengar ja urang ketot nyanyi "take the ribbon from your hair" terus saya pulang...puihh!!! ingat kaamatan, sy silap masuk pla...masuk pub di KDCA mangkali...wlupun memang syiok ooo sana tu...kalau masuk tu rumah panjang memang ko rasa tu suasana dulu-dulu...

Saya cuma mau sentuh bahagiian hiburan saja...yang lain tu, ndk la sy berminat sebab memang banyak yg main 'kapsit'....mcmana juga, badan tagap dan ada masol pn buli jadi ratu...puih!..aarrgh! biarlah dirang dengan hal dirang...tapi yang ni bidang nyanyian ni ba...sudah la di buat di KDCA...(Kadazan Dusun cultural association)...nama perayaan pun KAAMATAN...iaitu perayaan untuk semangat padi kalau dulu-dulu...saya masih ingat time sy kecik2 dulu...kaamatan ni di buat di balai badat (balai adat) kalau di kampung saya la...jadi, yang moing2 & aki2 ni pun pakai pakaian traditional...time tu saya tidak pernah dengar tu perayaan ada orang nyanyi lagu english...

Sekarang sudah terlalu maju ni kaamatan, diri belum maju lagi la...apa yang diorang bagi penekanan ialah upacara di dalam dewan sahaja...ada magavau and so on...untuk perayaan sebenar...tapi di luar sana tu hah!!!! sudut sana ada karaoke dangdut...sudut sebelah pulak ada penyanyi yang kemek hidung dan sy tau tu mesti urang kadazan dusun...tapi nyanyi english...weiiii!!!! what r u trying tu show? ko ingat pelancong ramai yang datang tu dengan lensa kamera canggih dirang datang sabah ni untuk dengar ko nyanyi english ka??? kepuasan sudah dirang tu dengar lagu ongputih...ko lagi pigi kasi nipis telinga dirang dengan lagu ongputih ko...ko ingat urang puji ko pandai nyanyi english?...saya buli terima lagi kalau lagu malay kerana masih dalam 1malaysia kunu...tapi ni english...apa punya pihak penganjur yang suka2 suruh dirang buat pilihan lagu...bagi la restriction sikit...ni kaamatan...bukan di PUB...terus hilang tu keaslian sebenar kaamatan dengan pencemaran lagu2 seperti ni...bagus saya masuk rumah panjang pigi lompat2 tarik tu duit di bumbung, makan makanan traditional, sama siopon...tu pun kalau sy pandai moginum la hahaha...

Bebulu saya dengar bila kakak sy pulang2 ja dari KDCA ckp...si anu tu punya suara memang power ranger la...dia nganggi (nyanyi) lagu HINGILLIS! peh! bedesub! tinga sy dengar...ni penyanyi ni bukan sy ndk biasa ma dia...kalau bermekap macam burung balatuk bah tu mata jadi dia..wei hartis..bagus ko simpan lagu english ko tu, nanti ko nyanyi bila dapat kontrak nyanyi di pub ka hotel ka...jangan la kasi cemar tu kaamatan...tourists ramai datang untuk melihat ke-etnikan sabah yang dianggarkan 215 semuanya dengan pelbagai bahasa sekali...bukan kah indah tu kalau ko cari salah satu bahasa etnik sabah untuk dinyanyi kan di sana...kalau ko bilang bukan ko pilih, penganjur yang benarkan...bererti ko ngan penganjur sama ja otak kamu tu...otak mau duit peruntukan ja...

Makin lama makin banyak kepincangan ni penganjuran...lama2 hilang tu keaslian kaamatan sebenar...skrg penyanyi pun campin2...bila nyanyi lagu kadazan dusun...sebutan pun bikin geli dengar...sebut lah betul2 bahlol!...kesian ni bahasa kalau sampai di mulut penyanyi yang 'act' lebih...isi kureng ni...sebutan yang kana bagi slang ongputih ni paling bahaya untuk golongan akan datang...lama2 uuu..aaa...eeee...aikaikaik...tu ja bunyi ni bahasa ni nanti...hhmmm....malas la mau menyalak lagi ngan hartis2 yang ndk sedar diri ni...chow bidah!!

Monday, May 23, 2011

Penghargaan Kepada Marcel Gatisi

Saya amat terharu dengan penghargaan yang diberikan kepada saya oleh Marcel Gatisi didalam blog beliau..saya tidak menyangka mendapat penghargaan sebegini kerana selama ini saya tidak pun dipandang walaupun saya sudah berkecimpung didalam dunia hiburan negeri sabah selama 10 tahun sebagai producer dan song composer..
Sebenarnya saya semakin menghampiri titik noktah dalam perjuangan seni ini kerana saya merasakan sia-sia sahaja usaha saya membantu artis2 kita namun jarang sangat dihargai...saya bosan dengan telatah stesen-stesen swasta yang terlalu memilih bulu untuk menyiarkan lagu2..namun segalanya sedikit terubat apabila saya menerbitkan single Marcel yang bertajuk "LANGADKU MOLOHING"...wlupun tanpa sokongan daripada radio swasta...kecuali BAHFM dan SAPSAIFM yang banyak membantu (online radio)...beliau mampu menjual single tersebut melebihi 200 unts...dengan tujuan menderma...syabas!

Bagi saya secara peribadi teramat gembira dengan pencapaian ini, dan merasa amat dihargai oleh beliau...saya tidak pernah mendapat penghargaan sebegini...malah ada segelintir artis yang mendapat sokongan dan khidmat saya langsung tidak menghargai...sehinggakan lagu2 saya dikatakan miliknya dan langsung tidak menyebut nama saya sebagai pencipta kepada lagu tersebut...saya bukan mahukan wang dalam perjuangan ini tetapi hanya sekadar "ucapan terima kasih" daripada artis yang telah meminta pertolongan saya..Saya pasrah dan walaupun artis2 ini tidak menghargai saya sekalipun mereka tidak akan dapat lari daripada realiti yang sebenarnya lagu2 itu adalah bukan milik mereka sepenuhnya....Apa salahnya menyebut nama pencipta lirik/lagu dalam mempromosikan lagu tersebut? saya tidak akan dapat apa2 bayaran pun...
Sekali lagi saya cukup menghargai dengan komitmen si Marcell dan beliau adalah artis yang amat menghargai...Terima Kasih...Terima kasih...terima kasih...Marcel...

Monday, April 11, 2011

Kenapa Segan Menyanyikan Lagu Sendiri/Local?

Saya terbaca satu coretan daripada facebook kawan rapat saya yang merungut pasal ada artis2 tempatan kita yang tidak menyanyikan lagu2 mereka sendiri atau lagu local sabah walaupun pesta tersebut memang berunsurkan perayaan etnik negeri sabah...

Dia cakap penat saja dia datang dari jauh untuk menyaksikan sendiri artis2 kita untuk perform sebab selalu keluar diradio tu lagu...dia ni datang dari jauh lagi untuk bagi support kepada artis local kita ni...tau-tau sampai sana, tu artis nyanyi lagu English! wow! hebat ooo dia pandai nyanyi lagu english...mungkin dia mau bagitau lah tu sama penduduk kampung yang dia pandai nyanyi english...tau la orang kampung ni, asyik-asyik dengar lagu dusun, kadazan, murut, bajau, etc yang local...apa kaki beb!!! Saya ni 'hartis' laa...tak main la lagu local...yang orang kampung ni tadi mendengar sepatah haram ndk paham, ada yang paham sikit2 pandai la senyum2 dengar...yang paham banyak pandai ikut nyanyi sekali...tapi kebanyakan yang ndk paham tu, sampai balik2 dirang kasi kuat tu kain sarung yang dirang pakai, ada yang balik2 perah tu 'nibu' di mulut...kuang3..woiii 'hartis'...ko naik sebab nyanyi lagu local jugak daa...orang tidak akan kenal ko kalau ko tidak masuk radio yang bahagian kadazan tu...alaa yang siaran ciput ja tuuu...kalau ko mau nyanyi lagu english kenalah ngam dengan tempatnya...lounge ka...function yang terpilih la...ni pesta ni etnik punya lagi...buat pa ko pigi nyanyi lagu english tu??? orang putih yang berkeliaran di sana dengan camera canggih dirang dengan lensa yang panjang mcm hidung dirang tu pun 'tak hingin' dengar ko nyanyi lagu english...bagus dirang dengar yang ori...dirang datang tu pesta untuk tingu sebarapa banyak 'ke etnikan' sabah ni..tapi ko pulak kasi rosak tu program daa...mcmana bagus pun ko nyanyi lagu english, hidung ko tatap penyet! bagus ko nyanyi lagu ko yang selalu keluar diradio tu...(tu kwn sy ckp laa)...lebih dihargai lagi...

Pihak penganjur sepatutnya kena lah peka dengan hal2 sebegini kalau mau tonjolkan budaya etnik ni...ni penganjur pun ONNN ja..'apa ko paduli?" tu ja yang dirang pandai cakap tapi kalau difikirkan betul2 memang ada kebenarannya rungutan kawan ni..renung-renungkan lah yeee....

Saturday, March 19, 2011

Hara Hanara Harun, Gadis Kecil Berbakat Besar!




















Harun Yakob adalah penghibur yang tidak asing lagi pada zaman2 70an sehingga kini, namun beliau cuma aktif menyanyi di lounge dan pub seluruh Sabah...itu kisah bapa kepada Hara Hanara...Emaknya pulak adalah penulis puisi yang amat berbakat sehinggakan banyak puisi beliau telah dimaktubkan dalam buku oleh Dewan Bahasa dan Pustaka negeri Sabah...

ni cerita pasal anak-anak Encik Harun Yakob yang kesemuanya mempunyai bakat..dalam ramai2 adik-beradik c Hara ni, paling menonjol adalah c Hara dengan adik dia lelaki yang masih sekolah rendah...masih segar di ingatan sewaktu adik c hara ni masuk recording, masih hingusan...yang memang betul2 ada hingus...tapi suara memang power, vibrate dia pun consistent siott!
Hara ni banyak terlibat dengan program kebudayaan dan juga rancangan RTM sebelum beliau melayakkan diri ke peringkat akhir World Championship of Performing Arts 2009, waktu tu Deja Moss (penyanyi) lah yang berabis mengurus dia ni...kana kasi jadi anak didik lagi...tp beliau tidak berjaya sampai ke puncak untuk pertandingan tu...selepas tu, beliau bersekolah di tingkatan 5 di KL bersama keluarga angkat di sana...
Bapa c Hara ni adalah kawan lama saya dan dia selalu datang ke mini studio untuk bercerita mengenai anak-anaknya...terlintas di pikiran saya untuk mencuba bakat c Hara...bapa dia bagi beberapa lagu demo yang c Hara nyanyi lah...bila saya dengar, wow! kalau diasah memang buli pergi jauh budak ni...tapi terpaksa tunggu dia habis SPM tahun lepas, jadi sekarang ni dia sedang tunggu result dan bolehlah menumpukan masanya untuk recording...saya amat berbangga dengan anak bangsa kita sendiri yang mempunyai bakat, dan saya dapat tolong sikit2 pun ndk pa laaa hehehe...Tidak mustahil suatu hari nanti kalau dia ni ada peluang...memang buli meletup budak ni...Cheers!!!



Lagu/Lirik : Harun Unai Said
Studio Rakaman : Magus8Entertainment Studio 

Wednesday, February 16, 2011

Sudin T, Artis Murut



Artis lokal ini berbangsa murut (SUDIN T)...sudah ada beberapa album murut kumpulan diorang ni, salah satu lagu melayu yang diselitkan dalam album diorang...enjoy!

Saturday, January 29, 2011

Shooting Telemovie Aboi 2011

Dari kiri: Kamal Ishak, Marlin, Ebi dan Nick bertempat di Beverly Hill. Diorang ni baru siap shooting telemovie ABOI arahan Kamal Ishak, terbitan Empayar Bayu (Ebi & Marlin)...saja lepak-lepak ngn diorang



Tuesday, January 11, 2011

RYNA Mendapat Sokongan Keluarga Dalam Bidang Nyanyian

Ryna Tongkooh


Ryna 23 tahun...merupakan artis serba boleh..berbangsa murut dan mula menyanyi sejak dari sekolah rendah lagi, bakatnya telah dicungkil oleh Magus8Entertainment sewaktu kumpulannya membuat album murut..selepas itu dia telah mengikuti kumpulan Magus8 untuk persembahan di hotel-hotel dan corporate functions..Ryna jugak pernah berentap dalam Rythm Of Champion di Kota Kinabalu dan Blastoff pada tahun 2006 bersama kumpulan Magus8...dan menjadi recording artis untuk dua buah album murut (kompilasi...Beliau juga boleh bermain keyboard dan guitar. Untuk mendengar suara penyanyi ini, sila lah 'browse' page ini...

Monday, January 10, 2011

Cover Album Dikmat JB

Cover Design by Magus8Entertainment

Renzaassirat

Dikmat JB dari Kota Merudu



Beliau baru menghasilkan sebuah album yang terdapat 10 buah lagu di mana 2 buah lagu melayu dan selebihnya lagu dusun. Beliau merupakan "Pendengar No.1 SabahFM".

Sesi Rakaman Syra Gom

BUTIZA TAVANUS (Ryna Tongkooh) By : Nick Tudol


Singer : Ryna Tongkooh
Song/ Music : Nick Tudol
Copyright 2010

SALING PERCAYA (Ryna Tongkooh) By : Nick Tudol


Singer : Ryna Tongkooh
Song/ Music : Nick Tudol
Copyright 2010